Gara-Gara Taliban, Army Afghanistan Dedah Terpaksa Sembunyikan Atau Bakar Album BTS Mereka

Peminat kumpulan K-Pop ternama BTS yang lebih dikenali sebagai Army di Afghanistan mendedahkan bahawa mereka terpaksa menyembunyikan atau bakar album penyanyi idola mereka kerana takut dengan Taliban.

Sebuah stesen media di Korea Selatan iaitu JTBC telah menemu bual beberapa orang penduduk di Kabul, Afghanistan untuk mengetahui situasi di sana.

Menerusi wawancara bersama JTBC News, seorang remaja perempuan berkata mereka bimbang dan takut akan keselamatan nyawa kerana Taliban.

“Saya sungguh takut dan terkejut apabila Taliban tiba. Saya berasa agak takut apabila mendengar Taliban menculik gadis-gadis. Sejak Taliban ambil alih, saya hanya duduk di rumah,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, sejak Taliban berkuasa, mereka sudah tidak lagi mendengar alunan muzik yang selalu didengari di jalan raya. Beliau sebaliknya hanya mendengar muzik pelik Taliban sepanjang hari.

Sumber: Koreaboo

Seorang lagi remaja perempuan menjelaskan situasi memaksa mereka untuk menyembunyikan atau bakar gambar dan album BTS kerana takut akan Taliban.

Untuk pengetahuan anda, Taliban tidak membenarkan warga Afghanistan untuk mendengar muzik arus perdana (mainstream) pada masa lalu.

Kedua-dua remaja perempuan itu merayu komuniti antarabangsa supaya tidak akan meninggalkan Afghanistan dan melakukan sesuatu daripada hanya memerhatikan keadaan.

Dalam pada itu, Taliban telah mengisytiharkan berakhirnya perang di Afghanistan selepas berjaya menakluk Kabul dan beberapa wilayah lain. Anda boleh tonton video penuh wawancara JTBC News bersama penduduk Kabul di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Afghanistan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca