Gara-Gara Tak ‘Scan’ MySejahtera Di Kedai Makan, 6 Pelajar Ini Didenda RM1,000

Penularan wabak COVID-19 telah menjadikan kita semua hidup dalam norma baharu. Ini termasuklah menulis nama secara manual mahupun melakukan imbasan kod menerusi aplikasi MySejahtera.

Baru-baru ini, enam daripada lapan orang mahasiswa dikenakan denda sebanyak RM1,000 kerana tidak melakukan imbasan kod MySejahtera ketika berada di premis kedai makan yang terletak di Melaka. Hanya dua daripada mereka yang melakukannya.

Menurut laporan, polis juga mendapati bahawa pengurus restoran itu baru pulang dari percutian untuk menguruskan urusan perniagaan. Oleh kerana pengurus itu sendiri tidak mengimbas MySejahtera, dia juga dikenakan denda kerana tidak mematuhi SOP dan tidak melatih kakitangannya untuk mengambil suhu pelanggan dan daftar masuk.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Asst Comm, Beh En Lai mengatakan bahawa sebanyak 747 denda telah dikeluarkan kepada orang awam kerana melanggar SOP sejak awal bulan hingga 20 Oktober 2020.

“50% daripada mereka tidak memakai pelitup muka dan 30% daripada mereka tidak mengamalkan SOP. Manakala 20% yang lain terdiri daripada individu yang tidak mengimbas aplikasi MySejahtera atau kakitangan yang tidak melaksanakan SOP,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pejabat Peguam Negara memutuskan tiada tindakan akan diambil terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali atas kesalahan melanggar kuarantin wajib COVID-19.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca