Gara-Gara Tak Dibenarkan Gugur Anak, Kaum Ibu Ini Beri Bayi Minum Air Gas Supaya Mati Cepat

Negara Kenya kini berdepan dengan masalah pembunuhan bayi yang tinggi ekoran pengharaman penguguran kelahiran menyebabkan kaum ibu yang terdesak terpaksa mencari alternatif lain untuk membuang anak mereka.

Menurut laporan gerakan hak asasi manusia, kaum ibu di Kenya sanggup memberi bayi mereka minum minuman bikarbonat Coca-Cola dengan harapan ia akan membunuh bayi mereka secepat mungkin.

Malah, ada juga ibu-ibu yang memberi bayi minum bir halia untuk membunuh mereka.

Selain itu, terdapat peningkatan dalam kes pembuangan bayi di kawasan sungai dan lain-lain.

Tidak cukup dengan itu, ada juga kaum wanita yang memilih menggunakan khidmat penguguran bayi secara haram di mana mereka akan melahirkan anak mereka itu seawalnya sebelum menamatkan riwayat mereka. Walau bagaimanapun, prosedur ini juga boleh menyebabkan kematian si ibu.

Menurut Vincent Odhiambo yakni salah seorang aktivis hak asasi manusia di Kibera berkata, ibu-ibu ini berbuat demikian kerana mereka tidak bersedia dari segala segi untuk memulakan sesebuah keluarga.

“Anda boleh bayangkan bagaimana keadaan bayi tersebut apabila mereka diberi minum Coca-Cola dan bukannya susu badan. Anak-anak kecil tersebut tidak akan mampu hidup lebih dari tiga hari,” katanya lagi.

Pada bulan Februari lalu, Vincent mendedahkan pusat komuniti di mana dia bekerja telah menerima satu laporan mengenai seorang wanita yang memberi bir halia berjenama Coca-Cola kepada bayinya yang baru lahir.

Seorang pekerja pengutip sampah, Wilson Cheptoo berkata sepanjang kerjayanya, dia sudah menjumpai sebanyak 15 mayat bayi kecil di tempat pembuangan sampah. Tambahnya lagi, perkara ini bukanlah sesuatu yang asing di negara berkenaan.

Aktiviti penguguran bayi diharamkan d Kenya dan hanya boleh dilakukan sekiranya kehamilan itu mengancam nyawa si ibu. Hukuman penjara selama 14 tahun boleh dikenakan kepada mereka yang melakukan proses penguguran bayi secara haram.

Menurut laporan, dalam masa satu tahun sahaja seramai 350,000 wanita Kenya sanggup mengugurkan bayi mereka secara haram dan 21,000 yang lain terpaksa dikejarkan ke hospital ekoran mengalami komplikasi akibat prosedur yang tidak sah itu.

Seorang doktor yang enngan identitinya dikenali mendedahkan dia pernah mengendalikan sebuah kes berkaitan seorang wanita yang pergi menggugurkan kandungannya secara haram.

“Dia datang ke hospital pada malam hari dalam keadaan berlumuran darah. Seseorang sudah mengoyakkan rahimnya sehingga menyebabkan usus wanita itu terkeluar. Dia mati beberapa jam kemudian kerana kehilangan terlalu banyak darah” kata doktor terbabit.

Aktivis hak asasi manusia Kenya kini menggesa kerajaan mereka supaya menggubal semula undang-undang agar masalah pengguguran bayi ini dapat dibendung.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca