Seorang lelaki berusia 24 tahun telah mengamuk dan mengugut pekerja restoran dengan pisau setelah mereka tidak dapat menghidangkannya kentang goreng.
Seorang lelaki naik berang dan mengugut untuk membunuh staf restoran tersebut kerana mereka tidak dapat menghidangkannya menu kentang goreng kerana dapur telahpun tutup.
Lelaki berusia 24 tahun dari Australia itu telah didakwa setelah dipercayai telah memberitahu pekerja restoran bahawa dia mempunyai pisau dan akan membunuh mereka jika mereka tidak mengikut arahannya.
Menurut pihak polis, dia telah memasuki sebuah kedai makan di Perth Timur, Australia, kira-kira jam 9 malam, Jumaat lalu dan mahu memesan kentang goreng.
Namun demikian, setelah dia diberitahu bahawa dapur sudahpun ditutup, lelaki berkenaan dipercayai telah mengugut untuk membunuh staf restoran tersebut jika mereka tidak memasak kentang goreng untuknya.
Akibat risau akan keselamatan mereka, seorang staf restoran tersebut mengikuti arahannya untuk memasak kentang goreng dan kemudiannya menghubungi pihak polis.
Ketika lelaki berkenaan sedang menunggu kentang gorengnya dimasak, pihak polis akhirnya tiba di lokasi kejadian dan dia ditangkap.
Pihak polis juga telah merampas sebilah pisau dan juga wang milik lelaki tersebut yang diletakkan di atas kaunter restoran tersebut.
Lelaki yang berasal dari Parmelia tu kini telah didakwa atas kesalahan ugutan membunuh, membawa senjata berbahaya yang mampu menimbulkan ketakutan orang ramai dan kegagalan memberikan pihak polis butiran peribadinya.
Terdahulu, dalam sebuah kejadian yang sama awal tahun ini, seorang lelaki telah dipukul dan ditikam di bahagian kepala oleh seorang pelanggan KFC.
Pelanggan KFC itu dikatakan telah mengamuk setelah pesanan makanannya ditolak.
Lelaki berkenaan telah mengeluarkan kata-kata kesat lalu memukul staf KFC tersebut dan kemudiannya menikam bahagian kepala staf itu.
Untuk baca artikel artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: