Gara-Gara Swafoto, 10 Orang Temui Ajal Selepas Jambatan Gantung Putus

Malang sememangnya tidak berbau. Itulah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan situasi yang menimpa sekumpulan remaja ini di mana mereka menemui ajal gara-gara berswafoto di sebuah jambatan gantung. Insiden ini dilaporkan berlaku di Bengkulu, Indonesia pada petang Ahad.

Menurut laporan media tempatan, 10 orang remaja malang itu pada mulanya sedang berswafoto di jambatan itu sebelum ia putus akibat tidak dapat menampung berat berlebihan.

Akibatnya, kesemua mangsa terjatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan arus deras dalam sekelip mata sahaja.

“Semasa kejadian terdapat lebih 30 orang kebanyakannya pelajar berada di atas jambatan gantung itu,” kata ketua agensi pengurusan bencana daerah berkenaan iaitu Ujang Syafiri.

“Jambatan yang baru dibina itu mungkin tidak dapat menampung berat berlebihan menyebabkan ia terputus,” katanya lagi.

Difahamkan, seramai 17 mangsa yang cedera dalam kejadian itu telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat dihentikan serta-merta selepas semua mangsa yang hanyut ditemukan,” tambah Ujang.

Sebelum ini, kami pernah kongsikan satu fakta di mana swafoto adalah lima kali ganda lebih bahaya berbanding serangan jerung. Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk membaca artikel penuh:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca