Gara-Gara Suami Tidak Bersihkan Akuarium, Isteri Goreng Ikan Arowana

gara-gara-suami-tidak-bersihkan-akuarium-isteri-goreng-ikan-arowana

Sudah tentu ramai sedia maklum apabila kita memiliki haiwan peliharaan, kita perlu bertanggungjawab untuk menjaga tempat tinggal yang disediakan agar sentiasa bersih dan tidak kotor selain daripada memberi makanan serta kasih sayang.

Sebagai contoh, sekiranya memelihara kucing, kita perlu memastikan rumah dalam keadaan bersih dan menjaga tempat kucing-kucing ini untuk membuang air besar atau air kecil.

Begitu juga apabila kita memelihara ikan dalam akuarium di rumah. Jika air sudah menjadi keruh dan kotor, maka kita mestilah membersihkan akuarium tersebut.

Menerusi satu perkongsian daripada seorang wanita di aplikasi TikTok baru-baru ini, pada mulanya dia telah meminta suaminya untuk membersihkan salah satu akuarium berisi ikan-ikan Arowana peliharaan suaminya.

Namun permintaannya tidak diendahkan oleh si suami, meskipun akuarium itu memang sudah terlalu kotor.

Bengang dan geram dengan sikap suaminya, akhirnya wanita ini membuat keputusan untuk membersihkan sendiri akuarium tersebut.

Lebih mengejutkan lagi apabila ikan Arowana dalam akuarium tersebut telah menjadi ‘mabuk’ dan berkemungkinan disebabkan cara wanita itu membersihkannya tidak berapa betul.

“Gara-gara suruh suami bersihkan akuarium yang hanya tinggal janji, saya pun membersihkannya sendiri. Tetapi ikannya jadi mabuk”, jelas wanita itu menerusi foto ikan berkenaan.

Disebabkan wanita terbabit tidak tahu langkah seterusnya yang perlu dilakukan, dia mengambil ikan Arowana tersebut dan menggorengnya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan reaksi suaminya apabila mengetahui bahawa kesayangannya telah digoreng dan dimakan.

Sumber: TikTok (@miakurniawan01)

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok telah meraih 6.8 juta tontonan dan lebih 186,500 komen warganet.

gara-gara-suami-tidak-bersihkan-akuarium-isteri-goreng-ikan-arowana
gara-gara-suami-tidak-bersihkan-akuarium-isteri-goreng-ikan-arowana
gara-gara-suami-tidak-bersihkan-akuarium-isteri-goreng-ikan-arowana
gara-gara-suami-tidak-bersihkan-akuarium-isteri-goreng-ikan-arowana
Sumber: TikTok (@miakurniawan01)

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca