Gara-Gara ‘Stretcher’ Tidak Muat Masuk Pesawat, Pramugari Sanggup Angkat Selamatkan Penumpang

Kru kabin memang akan sentiasa ada apabila kita memerlukan mereka di dalam pesawat. Bukan setakat memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang tetapi mereka juga orang yang bertanggungjawab ketika berlaku kecemasan di dalam pesawat.

Baru-baru ini, seorang pramugari digelar hero selepas membantu salah seorang penumpang perempuan yang sakit ketika dalam pesawat di lapangan terbang dekat Chengdu, China.

Penumpang itu memerlukan bantuan perubatan segera dan ketika itu pramugari Zhang Qiqi tersebut sedang melakuka rutin pemeriksaan keselamatan bersama rakan kru kabin sebelum pesawat berlepas.

Tiba-tiba, seorang penumpang tekan butang memanggil dan Zhang segera ke bahagian belakang pesawat di mana penumpang tersebut meminta agar penerbangan ditangguh kerana dia mengalami masalah kesihatan.

Zhang berkata, “Ketika itu, kami lakukan pengumuman kecemasan dan bertanya jika ada penumpang berstatus doktor di dalam pesawat. Seorang doktor kemudian datang dan periksa keadaan pesakit itu dan beritahu nadinya sangat lemah serta dia melakukan rawatan segera.”

Menurut Zhang, pesakit itu nampak sangat lemah dan bibir serta mukanya terlalu pucat. Sambil menunggu ketibaan ambulan, kru kabin tidak berganjak dari situ dan setia menemani pesakit untuk menenangkannya.

Namun, apabila pegawai perubatan yang tiba cuba bawa masuk pengusung ke dalam pesawat tapi disebabkan keadaan laluan kabin yang sempit, ianya tidak muat.

Risau dengan keadaan pesakit itu, Zhang terus tawarkan dirinya untuk mengangkat mangsa keluar dari pesawat.

Selepas mangsa bersetuju dengan cadangannya, Zhang terus mengangkat dan berlari melalui laluan pesawat ke ambulan.

Selepas tertangguh 43 minit, pesawat itu kemudian meneruskan penerbangan. Zhang sempat berterima kasih kepada 175 penumpang lain yang berada di dalam pesawat ketika itu kerana bersabar dan memahami keadaan kecemasan yang menyebabkan kelewatan itu.

Untuk baca artikel berkitan pramugari, sila klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca