Gara-Gara Skrin iPhone Retak, Lelaki Ini Dirogol Dua Wanita Di Rusia

Dua orang wanita warga Rusia ditahan polis setelah bersalah merogol seorang remaja lelaki berumur 19 tahun selepas bertekak mengenai skrin telefon pintar, iPhone yang retak.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah pangsapuri di Bugulma, sebuah bandar di daerah Tatarstan. Mangsa telah dijemput ke lokasi oleh salah seorang suspek yang berusia 22 tahun untuk membaiki telefon pintarnya yang rosak.

Remaja tersebut kemudiannya telah membawa pulang telefon itu ke rumahnya untuk dibaiki sebelum memulangkan semula alat tersebut. Pada ketika ini, suspek kedua iaitu seorang lagi wanita berumur 32 tahun sudah berada di premis tersebut.

Menurut pihak polis, kedua-dua suspek telah menuduh mangsa merosakkan iPhone berikutan terdapat kesan retakan pada skrin telefon berkenaan. Mereka memaksa mangsa membayar ganti rugi berjumlah RM195. Walau bagaimanapun, remaja terbabit enggan berbuat demikian dan tidak mengaku telah merosakkan telefon tersebut.

Berang dengan kenyataan mangsa, suspek telah membelasah mangsa sebelum mengikatnya dan merogol remaja tersebut menggunakan alat permainan seks. Malah, suspek turut merakamkan aksi kejam itu menggunakan telefon pintar yang sama.

Mangsa kemudian diugut untuk membayar ganti rugi sekiranya tidak mahu rakaman itu disebarkan. Mangsa berjanji mahu mengambil wang tersebut di rumahnya. Sebaik sahaja dilepaskan, mangsa segera ke balai polis berdekatan dan membuat laporan.

Polis menjumpai bukti rakaman serangan seksual tersebut di dalam telefon pintar lalu menahan kedua-dua suspek. Menurut Andrey Sheptytsky, pembantu kanan kepada ketua Jawatankuasa Penyiasatan Rusia, suspek berdepan hukuman penjara 10 tahun jika disabitkan kesalahan kerana melakukan serangan seksual kepada mangsa.

Artikel Lain Untuk Di Baca