Gara-Gara Sertai Demonstrasi Sokong Palestin, Bella Hadid Dikecam Israel

Isabella Khair Hadid atau lebih dikenali sebagai Bella Hadid menerima kecaman hebat daripada kerajaan Israel selepas supermodel terkenal itu turut serta dalam demonstrasi mengutuk kekejaman Zionis terhadap Palestin yang diadakan di Brooklyn, Amerika Syarikat.

Negara pimpinan Benjamin Netanyahu itu melontarkan kecaman terhadap model jelita itu menerusi satu ciapan di laman Twitter rasmi yang dikendalikan oleh Kementerian Luar Negeri Israel.

“Apabila selebriti seperti Bella Hadid mencadangkan untuk membuang orang Yahudi ke dalam laut, mereka menganjurkan untuk menghapuskan negara Yahudi.

Ini tidak seharusnya menjadi masalah Israel-Palestin tetapi ia semestinya menjadi isu manusia. Shame on you,” luah Israel di laman Twitter.

Sumber: Twitter @Israel

Akaun Twitter rasmi kerajaan Israel itu turut memuat naik tangkap layar Bella Hadid menyertai himpunan aman mengutuk kekejaman Zionis. Bella turut menggayakan pakaian tradisional, Keffiyeh dan memakai pelitup muka.

Sumber: Instagram @bellahadid

Memetik laporan Page Six, Bella mempunyai darah Palestin daripada sebelah bapa. Adik kepada model terkenal Gigi Hadid itu pernah memberitahu media bahawa bapa dan keluarganya diusir dari Palestin pada tahun 1948. Selepas diusir, keluarganya menjadi pelarian di Syria, Lubnan dan kemudiannya ke Tunisia.

Bella berkata menerusi satu hantaran di laman Instagram, “Anda tidak boleh membiarkan diri sendiri tidak peka melihat kehidupan manusia diambil. Kehidupan rakyat Palestin adalah kehidupan yang akan membantu mengubah dunia dan ia diambil daripada kami dalam sekelip mata.”

โ€œSaya sayang keluarga dan juga warisan. Saya sayang Palestin. Saya akan tetap teguh untuk menyimpan harapan mereka untuk tempat tinggal yang lebih baik di hati saya.

Saya doakan dunia yang lebih baik untuk penduduk Palestin dan semua yang berada di sekitar mereka. Mereka tidak akan dapat memadam sejarah kita. Sejarah adalah sejarah!โ€ tulis Bella Hadid di Instagram.

Sumber: Page Six

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet tidak bersetuju dengan kenyataan tidak berasas yang dikeluarkan oleh Israel:

Apa pendapat anda berkenaan ciapan Israel?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca