Baru sahaja China menamatkan tempoh perintah berkurung berikutan penurunan kes, namun malang tidak berbau apabila seorang pelajar wanita yang baru sahaja pulang dari New York kini menjadi super spreader kepada penduduk di situ.
Disebabkan itu bandar Harbin telah dikenakan semula arahan separa lockdown berikutan kes ini.
Bandar Harbin telah mengarahkan kuarantin selama 28 hari pada bulan lalu untuk mereka yang baru tiba dari luar negara manakala untuk yang menunjukkan simptom COVID-19 pula perlu kuarantin selama 14 hari.
Malangnya, lebih 70 orang telah sah dijangkiti wabak itu manakala 4,000 yang lain sedang menunggu untuk diuji selepas virus itu dipercayai diimport oleh pelajar wanita berkenaan.

Pelajar berusia 22 tahun itu dikenali sebagai Han, disyaki menjadi punca kes jangkitan yang dilaporkan di Harbin.
Namun, ada juga laporan yang mengaitkan kebanyakan kes di Harbin berpunca daripada Chen, seorang pesakit berusia 87 tahun yang sedang dirawat di hospital.
Hal ini kerana, Han yang menjalani ujian saringan awalnya mendapati dirinya negatif.
Ujian itu dilakukan semasa Han mengasingkan diri setelah mendarat di kampung halamannya. Pada 31 Mac, beliau disahkan negatif COVID-19 selepas menjalani 14 hari kuarantin.
Setelah disahkan negatif, dia kemudian dibenarkan untuk keluar dari rumah pada 3 April.
Pelajar tersebut kemudian telah keluar makan bersama keluarganya pada 5 April dan pergi menetap di Shanghai selama tiga hari.
Dia tidak menyedari bahawa dirinya sedang menyebarkan virus tersebut walaupun menerima keputusan negatif daripada ujian yang dilakukan.
Virus itu kemudian didakwa telah menjangkiti Chen yang merupakan pesakit strok yang sedang dirawat di hospital.
Melalui Chen, ia telah menjangkiti berpuluh individu yang lain tanpa sedar termasuklah tujuh pekerja kesihatan memandangkan dia sedang menjalani rawatan.

Pihak media tempatan telah melabelkan pelajar wanita itu sebagai super spreader meskipun mereka tidak dapat mengenal pasti dari mana Han dijangkiti virus itu.
Setakat Ahad lalu, 60 kes telah diterima di Harbin di mana 21 daripadanya adalah silent carrier, individu yang tidak menunjukkan sebarang simptom.
Lebih membimbangkan, angka mereka yang sudah dijangkiti tanpa sedar tidak dapat dikenal pasti.
Menurut Harbin Center for Disease Control and Prevention, Han merupakan pelajar Master’s Degree di New York University.
Pada 19 Mac, beliau tiba di kampung halamannya di Harbin setelah terbang dari New York sehari sebelumnya dengan singgah di Hong Kong dan Beijing.
Dia kemudian berjumpa dengan petugas kesihatan di Harbin Taiping International Airport dan terus menjalani proses kuarantin di rumah.
Pada 10 April, petugas kesihatan menghubungi Han semula apabila salah seorang jirannya disahkan sebagai silent carrier wabak tersebut.
Hasil daripada penularan virus itu, lebih 70 orang disahkan positif COVID-19 malah ada segelintir daripadanya disahkan positif sebelum menunjukkan sebarang simptom.

Bandar itu diperintahkan dengan separa lockdown, di mana para penduduk perlu menunjukkan kad status kesihatan, memakai topeng dan memeriksa suhu badan sebelum meninggalkan rumah.
Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah: