Gara-Gara Sarangnya Dimusnahkan, Angsa Ini Mati Kerana ‘Patah Hati’

Aktivis haiwan mengatakan seekor angsa telah mati kerana ‘patah hati’ oleh kerana ada pihak yang memusnahkan telurnya di dalam sarang. Sarang angsa yang terletak di sepanjang tasik Manchester di Bolton, di mana angsa tersebut menyimpan telurnya yang belum menetas.

The Manchester Evening News melaporkan sekumpulan remaja lelaki dilihat melemparkan batu bata di Kearsley pada 20 Mei, bertujuan menujukan kepada pulau tempat angsa itu meninggalkan telurnya.

Selepas kejadian itu, hanya tiga daripada enam telur angsa itu yang terselamat. Aktivis hidupan liar yang memerhatikan angsa dan sarangnya itu mengatakan pasangan angsa betina itu hilang sekitar dua minggu dan tidak kembali sejak itu. Angsa jantan itu dipercayai telah dihalau.

Mereka juga mengatakan lebih banyak telur hilang dalam beberapa minggu kebelakangan ini, yang bermaksud hanya satu telur yang terselamat. Aktivis hidupan liar, Sam Woodrow memberitahu keadaan menyedihkan ini telah menyebabkan kematian kepada angsa betina itu.

“Tidak banyak yang dapat saya katakan. Dia mungkin telah mati kerana patah hati. Dia kehilangan pasangannya dan sarang yang musnah,” katanya.

Seorang pengguna Facebook sebelum ini memberitahu tiga daripada enam telur angsa itu dihancurkan oleh remaja di situ. Angsa itu juga diganggu oleh anjing yang melompat masuk dan turut diganggu oleh ayam dan itik yang berada di situ.

Sebelum ini juga beberapa kejadian yang sama dilaporkan apabila berlakunya kekejaman kepada angsa yang berada di situ.

Awal bulan ini, polis menyiasat kes penderaan di mana seorang pemuda didakwa menendang seekor cygnet (bayi angsa) yang baru menetas di Richmond Park di barat daya London pada 8 Jun.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan haiwan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca