Gara-Gara Sahut Cabaran ‘Glow Up’, Gadis Ini Dikecam Warganet Di Twitter

Trend berkongsi foto transformasi diri atau lebih popular disebut sebagai glow up banyak memenuhi paparan Twitter semenjak dua menjak ini.

Antara yang mencuri perhatian tentunya foto perbezaan antara 2013 dan 2019 yang dikongsi oleh Shahzreen Iman.

Mesra disapa Shahzreen, gadis berumur 20 tahun itu menerima pujian ramai atas kecantikan serta gaya fesyen yang digayakannya.

Di sebalik respon positif, posting tersebut turut dihujani komen kecaman gara-gara foto terbaharunya yang sudah tidak bertudung.

Shahzreen mengakui sudah menjangka akan berhadapan komen kecaman daripada segelintir warganet.

“Ia seperti jenaka saya. Kebelakangan ni macam trend orang kongsi gambar glow up. Agak terkejut dengan respon diterima tapi saya tidak ambil hati.

“Saya memang dah boleh jangka akan dikecam. Mereka akan komen dari perspektif agama. Tidak boleh nak kata kata apa, itu mulut mereka. Saya ambil sebagai motivasi sahaja.”

“Mereka hanya mahu perhatian, jadi viral sebab tegur perempuan, dapat benyak retweet banyak. Saya terbuka kalau ada yang nak tegur secara peribadi, boleh direct message (DM),” katanya.

Menurut pelajar bidang Komunikasi Massa di sebuah koleh swasta itu, dia bagaikan sudah terbiasa dibenci sejak dahulu lagi.

Lebih teruk lagi, dia pernah dipanggil dengan gelaran yang melampau sehingga memberi tekanan kepada dirinya, suatu ketika dahulu.

“Mereka boleh taip apa sahaja yang mereka suka. Kalau depan-depan senyap sahaja.”

Shahzreen juga berkata dia pernah dikecam dan selalu dibenci dari dulu lagi. Ada juga panggil dirinya pelacur sebab selalu dikelilingi lelaki.

“Pada masa itu, saya ambil perkara ini secara serius. Ia memberi tekanan pada saya,” ujarnya.

Sehingga kini posting Shahzreen menerima lebih 1,700 lebih perkongsian di Twitter.

Ruangan komen posting turut dipenuhi dengan pelbagai pendapat termasuklah yang menyamakan dia dengan selebriti antarabangsa iaitu Dua Lipa dan Ruby Rose.

“Dulu terlebih kain, sekarang terkurang kain. Mungkin kain yang terlebih tu dah dijilat api.”

“Kembali jalan yang benar dik.”

“Ni sumpah cantik” tulis beberapa netizen.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca