Gara-Gara Rosakkan Pokok Cili Jiran, Kanak-Kanak 3 Tahun Ini Diseret Ibunya

Seorang kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun telah diseret oleh ibu kandungnya sendiri atas tanah hanya disebabkan pokok cili milik jiran.

Wanita yag dalam lingkungan umur 30-an itu berasa geram terhadp tindakan anak perempuannya itu secara tidak langsung mengheret budak itu hampir 10 hingga 12 meter.

Dia yang langsung tidak menghiraukan jeritan dan tangisan budak itu terus sahaja mengheretnya kerana ingin beri pengajaran.

Menurut portal sosok.id, kejadian itu berlaku di Gampong Pie, Kecamatan Meuraxa, Banda Aceh, Indonesia.

Lebih memilukan apabila kanak-kanak perempuan itu hanya memakai singlet dan seluar pendek berwarna hijau ketika dia kena seret.

Tak cukup dengan itu, selepas mengheret anaknya hingga ke halaman rumah sendiri, wanita itu kemudiannya mengacah ingin campak anaknya ke dalam perigi. Mungkin diugut akan dicampak ke dalam perigi, anaknya itu tidak henti menangis dan meronta ketakutan.

Polis mengesahkan bahawa kejadian itu berpunca apabila anak wanita itu secara tidak sengaja merosakkan pokok cili milik jiran.

Ibu kepada budak itu hilang pertimbangan terus melakukan perkara sebegitu terhadap anak kecilnya itu.

Namun, sehingga kini wanita itu masih belum ditahan oleh pihak polis kerana dia mempunyai anak yang umurnya kurang setahun dan masih menyusu.

Semasa kejadian juga, suami wanita berkenaan tidak berada di rumah.

Diharapkan kejadian ini tidak lagi berlaku lagi.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca