Marcapada kini, terdapat ramai pengguna Instagram dan Facebook mahupun YouTube yang banyak memuat naik rutin harian mereka sebagai perkongsian menerusi media sosial.
Tidak dinafikan, ramai para selebriti kini yang menjalankan urus niaga sampingan seperti butik, pakaian atau makanan berjenama sendiri dan sebagainya.
Ada juga artis yang rajin melakukan paid review menerusi akaun Instagramnya bagi mempromosikan sesuatu produk.
Seperti isu yang tular baru-baru ini telah melibatkan pelakon terkemuka tanah air Emma Maembong. Aktres jelita ini dilihat memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan pengiklanan suatu produk.
Lebih mengejutkan warganet apabila produk tersebut dikatakan boleh membantu wanita yang mempunyai sejarah hitam untuk mendapatkan kembali maruah mereka yang pernah tergadai ketika dahulu.
View this post on InstagramA post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Benarkah?
Susulan daripada kejadian gambar produk berkenaan, rata-rata warganet mempersoalkan dan mempertikaikan tentang kehebatan produk tersebut dengan dara seorang wanita.
Apa-apa pun, pada pendapat penulis, kita sebagai pengguna usah terpengaruh dengan apa jua produk di pasaran. Sebaiknya, periksa terlebih dahulu dan pastikan produk tersebut mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.