Gara-Gara Positif COVID-19, Jururawat Ini Dihalau Dari Rumah Sewa Di Sepanyol

Jururawat merupakan individu yang terlibat sebagai petugas barisan hadapan, jasa mereka yang menjaga pesakit yang positif dalam keadaan diri mereka terdedah seharusnya dihargai. Namun, sebaliknya berlaku di Sepanyol.

Seorang jururawat bernama Clara Serrano, telah disahkan menghidap COVID-19 dan kerana itu beliau telah diusir dari rumah sewanya oleh pemilik rumah.

Beliau yang berumur 31 tahun itu dikatakan baru sahaja berpindah dari bandar Quintanar del Rey, Cuenca pada 11 Mac untuk bekerja di hospital di Madrid pada 12 Mac.

Menurutnya, simptom itu mula ada dalam dirinya pada 19 Mac dan beliau diuji positif pada 23 Mac.

Sejurus sahaja beliau dapat keputusan itu, pemilik rumah bertindak dengan mengusir beliau dari rumah.

Keputusan itu dibuat atas permintaan rakan serumahnya yang lain biarpun beliau sudah berjanji untuk mengurung diri dalam bilik.

“Saya takut. Saya cuba terangkan tetapi mereka suruh saya beredar segera,” katanya.

Beliau kini menetap di sebuah hotel yang diubah sebagai pusat perubatan di Madrid.

Untuk rekod, Sepanyol kini mencatatkan 153,222 kes positif COVID-19 dan 15,447 mangsa korban.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca