KONGSIKAN

Seorang lelaki dibelasah sehingga mati dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah berhampiran dengan beberapa tandan pisang di perkarangan sebuah rumah. Kejadian dikatakan berlaku berlaku di Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang.

Sehingga kini pihak polis masih menyiasat punca kematian lelaki terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superitendan Mohd Suhaimi Ali berkata, identiti suspek telah dikenalpasti dan gerakan memburu suspek sedang dijalankan.

Foto: Lobak Merah

Terdapat beberapa dakwaan yang tular di media sosial yang mengatakan bahawa lelaki tersebut dibelasah kerana mencuri pisang. Siasatan awal mendapati bahawa pihak polis menjumpai beberapa tandan pisang berhampiran lokasi kejadian kerana rumah berkenaan dipercayai milik peniaga pisang.

Mayat berkenaan telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Nur Zahirah, Kuala Terengganu bagi proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.