Gara-Gara Paksa Babi Terjun Bungee, Taman Tema Ini Dikecam Hebat Oleh Warganet

Gara-gara memaksa seekor babi melakukan aksi bungee jumping dari menara setinggi lebih 70 meter, pengendali sebuah taman tema di wilayah Sichuan, China ini menerima kecaman hebat daripada orang ramai.

Menurut laporan media tempatan, insiden ini berlaku di taman tema Mexin Wine Town yang bertempat di bandar Chongqing pada Sabtu lalu. Rakaman insiden itu mula tular apabila ada pengguna yang memuat naik video tersebut di laman sosial Weibo.

Menerusi rakaman tersebut, dua pekerja taman tema berkenaan dilihat mengangkat babi seberat 75 kilogram itu ke atas menara sebelum bertindak mengikat haiwan malang itu pada tali bungee.

Sebaik sahaja babi itu ditolak, semua pekerja kelihatan bersorak gembira melihat aksi tersebut.

Pemilik taman tema yang enggan namanya didedahkan bagaimanapun mempertahankan tindakan tersebut kerana ia dianggap sebagai simbolik kepada penutupan tahun babi sebelum permulaan tahun tikus.

Katanya, haiwan itu terus dibawa ke rumah penyembelihan sebaik sahaja ‘tugasnya’ selesai.

Untuk rekod, negara China memang tiada undang-undang khusus bagi menghukum mereka yang menganiaya haiwan.

Tahap kesedaran rakyat di negara itu terhadap isu kekejaman melibatkan haiwan bagaimanapun dilihat semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebelum ini, China dikecam hebat kerana pasaran bagi daging dan bulu kucing dikatakan semakin berleluasa di negara itu. Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk membaca artikel penuh:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca