Gara-Gara Obses Terhadap Anime, Gadis Dari Jepun Ini Sanggup Ubah Wajah ‘Sebiji’ Watak Kartun Manga

Dengan teknologi pembedahan plastik yang sangat popular di Jepun, seorang gadis blogger yang dikenali sebagai Nozomi telah mengubah bentuk mukanya seperti watak kartun manga.

Menurutnya, dia begitu obses dengan manga dan anime sehinggakan dia sanggup mengubah wajah aslinya itu.

Malah, dia turut digelar ‘2d Babe’ kerana mempunyai mata yang besar, mulut yang nipis serta bentuk muka seperti hati.

Dia turut mendapat kecaman daripada warganet yang mengatakan bahawa mereka tidak setuju dengan penampilannya walaupun dia menganggap perubahan itu membuatkan dirinya bertambah cantik.

“Wajahnya itu sungguh pelik dan nampak seperti tidak masuk akal.”

“Wajah kartun memang nampak cantik dalam komik, namun jika ia direalisasikan di dalam dunia sebenar, memang menakutkan.”

Jika dilihat gambar Nozomi yang tersebar di media sosial, ada yang mengatakan gadis ini sebenarnya hanya menggunakan teknik solekan dan Photoshop sahaja sehingga membuatkan wajahnya nampak seperti anime.

Namun, ramai pihak yang mengatakan bahawa gadis ini sememangnya melakukan pembedahan plastik.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca