Gara-Gara Nuget ‘Inti’ Pelitup Muka, Kanak-Kanak 6 Tahun Ini Nyaris Maut Akibat Tercekik

Baru-baru ini, seorang ibu telah menemui serpihan pelitup muka di dalam nuget ayam yang dibelinya di sebuah restoran makanan segera.

Kejadian yang tidak diingini itu telah menyebabkan anak perempuannya yang berumur 6 tahun tersedak ketika sedang menikmati makanan.

Laura Arber yang berusia 32 tahun itu membawa tiga daripada empat orang anaknya ke restoran makanan segera tersebut untuk mengambil pesanan untuk dibawa pulang ke rumah.

“Anak saya mula tersedak dan apabila saya memasukkan jari ke dalam mulut untuk mengeluarkan dari kerongkongnya, saya dapati ada sesuatu berwarna biru.

“Saya tidak menyangka itu adalah nuget ayam tetapi bila tengok ke dalam kotak nuget, saya dapat lihat banyak serpihan biru dalam nuget ayam yang lain.

“Ia dimasak bersama pelitup muka. Ia jelas adalah pelitup muka,” kata Laura.

Laura kemudiannya bertindak menghubungi restoran makanan segera berkenaan dan menjelaskan situasi yang berlaku.

Walau bagaimanaupun, pihak restoran makana segera itu telah meminta maaf atas kecuaian yang berlaku.

“Kami amat kesal dengan pengalaman pelanggan. Keselamatan makanan adalah keutamaan kami dan kami memberi penekanan bahawa kawalan kualiti mengikut standard yang ketat bagi mengelakkan sebarang isu.

“Berhubung perkara itu, kami memohon maaf dan menawarkan bayaran balik dan meminta pelanggan untuk mengembalikan makanan itu untuk kami lakukan sisatsan lanjut dan mengasingkan produk yang terjejas,” kata salah seorang jurucakap restoran makanan segera tersebut.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca