Gara-Gara Muat Naik Foto Bersama Teman Lelaki, Jennifer Lopez Disaman Paparazi Sebanyak RM630,000

Seorang paparazi telah memfailkan saman sebanyak RM630,000 ke atas Jennifer Lopez selepas bintang Hollywood itu bertindak memuat naik fotonya bersama dengan teman lelakinya iaitu Alex Rodriguez di laman Instagram.

Penyanyi yang lebih mesra disapa J. Lo itu didakwa telah memuat naik foto dirinya berpegangan tangan dengan Alex ketika berada di New York di laman sosial itu pada bulan November dua tahun lepas tanpa memberikan sebarang kredit kepada paparazi berkenaan.

“Setiap gambar mempunyai nilai serta keistimewaan yang berharga buat seseorang jurugambar itu.”

“Lebih-lebih lagi apabila subjek yang digunakan berstatus selebriti dan gambar yang diambil tentunya bernilai dan boleh menjana keuntungan.”

“Tetapi J. Lo menggunakan gambar itu tanpa kebenaran dan menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri sehingga sesiapa sahaja boleh mendapatkan gambar itu dengan mudah dan percuma,” kata peguam yang mewakili paparazi berkenaan.

Sementara itu, J. Lo setakat ini belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu tersebut.

Untuk rekod, J. Lo bukanlah selebriti pertama yang berdepan isu seperti ini. Terdahulu, Gigi Hadid juga disaman gara-gara isu yang sama di mana dia telah memuat naik foto yang diambil paparazi tanpa kebenaran.

Selain itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu 7 Rings iaitu Ariana Grande turut berdepan perkara sama pada 17 Ogos tahun lepas.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca