Seorang wanita di Washington, Amerika Syarikat terpaksa menjalani prosedur endoskopi selepas tertelan cincin pertunangannya ketika sedang tidur.
Wanita yang berasal dari San Diego, California itu mendakwa dia mengalami mimpi ngeri tentang ‘orang jahat’ yang mahu mengambil cincin tersebut daripada jarinya.
Demi melindungi cincin tersebut, dia sanggup menelan cincin terbabit di dalam mimpi ngerinya itu.
Sebaik terjaga dari tidur, wanita itu mendapati cincin pertunangannya itu telah hilang dan dia benar-benar sudah menelannya.
Jenna kemudiannya bergegas ke hospital bersama tunangnya, Bobby Howell dan pemeriksaan sinar X mendapati cincin 2.4 karat itu berada di dalam perutnya.
Jenna bertambah kaget apabila doktor menyarankan dia untuk menjalani prosedur pembedahan membuang cincin itu malah turut meminta dirinya menandatangani borang jika dia meninggal dunia ketika prosedur tersebut dilakukan.
“Saya menangis semahunya kerana saya fikir akan mati. Saya tunggu masa yang sangat lama untuk cincin pertunangan itu dan saya akan mengahwini Howell,” ujarnya.
Cincin itu ditemukan di dalam ususnya dan Howell mengembalikan semula cincin itu kepadanya.
“Saya sangat bersyukur. Semua orang boleh ketawa tentang perkara itu kerana ia sangat lucu,” kata Jenna.