Gara-Gara Gagal Kosongkan Tong Sampah, Guru Ini Paksa Murid Makan Sampah

Hanya kerana kesemua mangsa gagal kosongkan tong sampah di bilik asrama mereka, seorang guru ditahan di China selepas didakwa memaksa empat muridnya memakan sampah.

Kejadian ini berlaku di Sekolah Rendah Shuiquan, Zhokou, wilayah Henan. Semasa kejadian tersebut berlaku, semua pelajar sekolah tersebut diarah untuk menelan kertas, pembalut plastik dan kulit buah.

Insiden itu terbongkar apabila salah seorang mangsa, Ling Ling berusia 11 tahun telah dimasukkan ke hospital kerana sakit perut. Kejadian tersebut menyebabkan guru besar dan timbalannya juga dipecat.

Doktor mendedahkan bahawa terdapat objek asing dalam perut dan najis mereka seperti cebisan kertas, kepingan plastik dan kulit longan.

Salah seorang daripada empat mangsa memberitahu bahawa gurunya yang dikenali sebagai Jiang telah melakukan pemeriksaan kebersihan bilik asrama pada 7 September lalu dan berang kerana tong sampah tidak dikosongkan.

Tambahnya, Jiang telah mengarahkan semua pelajar untuk memakan semua sampah sarap itu sehingga habis. Akibat terlalu takut, Ling Ling terpaksa akur dengan arahan tersebut.

Rakan Ling Ling juga mengalami ulser perut selepas memakan dua sisa plastik berukuran seperti paku. Akibat berdepan dengan tekanan mental dan fizikal, seorang daripada murid terbabit bertindak menukar sekolah.

Sementara itu, seorang guru dikenali sebagai Luo mempertahankan perbuatan Jiang dan mendakwa dia sebenarnya tidak bermaksud demikian. Tambahnya, guru tersebut juga mengatur pemeriksaan fizikal untuk mereka selepas mendapat tahu tentang kejadian tersebut.

Walau bagaimanapun, seorang guru tidak berhak untuk menyakiti mental dan fizikal pelajar mereka.

Artikel Lain Untuk Di Baca