Gara-Gara Masukkan Kata Laluan Yang Salah Berulang Kali, iPad Ini Dikunci Selama 48 Tahun

Malang sememangnya tidak berbau. Seorang bapa terpaksa menunggu 25,536,422 minit iaitu kira-kira 48 tahun untuk membuka semula iPadnya setelah anak lelakinya memasukkan kata laluan yang salah berulang kali.

Kisah ‘sedih’ ini telah dimuat naik oleh Evan Osnos di laman Twitter dan mendapat hampir 20,000 tanda suka:

Menurut Evan, anaknya yang berusia tiga tahun itu telah cuba untuk menggunakan iPad tersebut tetapi memandangkan ia berada dalam keadaan terkunci, dia bertindak memasukkan kata laluan yang salah sehingga iPad itu dikunci selama 48 tahun.

Percubaan memasukkan kata laluan yang salah berulang kali akan menyebabkan gajet Apple anda dikunci dengan serta-merta. Tempoh ia dikunci pula bergantung pada berapa kali kata laluan yang salah cuba dimasukkan.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Rata-rata menganggap perkara itu sangat lucu memandangkan tempoh yang terpapar di skrin iPad itu sememangnya tidak masuk akal. Berikut kami kongsikan coretan warganet berhubung kejadian ‘malang’ itu:

Jenuh mahu tunggu 48 tahun! Tua berjanggut baru boleh buka iPad tersebut. Apa-apa pun, semoga anda semua boleh ambil pengajaran daripada kisah ini. Kalau anak minta kata laluan gajet keluaran Apple, bagi sahajalah atau simpan ia jauh-jauh. Risau nanti tak pasal-pasal kena tunggu 48 tahun juga.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca