Gara-Gara Malas Naik Tangga, Lelaki Ini Sanggup Bina Landasan Untuk Naik Ke Rumah

Menetap di kawasan berbukit, seorang jurutera iaitu Allan Pyne mengakui malas untuk mendaki tangga setiap hari.

Lantas, dia telah membina satu landasan untuk memudahkan pergerakan dia dan isteri.

Idea kreatif lelaki ini ternyata telah membawa kesenangan dalam hidupnya.

Landasan itu turut dilengkapi satu kenderaan kecil untuk dinaiki mereka.

Dengan menggunakan kaedah itu, dia hanya memerlukan masa tujuh minit untuk naik ke kawasan kediamannya.

“Ia bagaikan tangga ke syurga. Sangat berpuas hati kerana kerana saya membuat sendiri hampir 95 peratus”, ujarnya yang menetap di Dawlish, Devon, England.

Tambahnya, kesukaran isteri membawa barang dapur ke kawasan rumah selepas membeli belah turut menjadi ilham kepada ciptaan itu.

Allan berusia 55 tahun manakala isterinya, 50 tahun dan mereka memiliki dua anak.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama dengan cerita di atas. Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca