Gara-Gara Makan Sashimi, Seekor Cacing Berukuran 3.8 Sentimeter Telah Dijumpai Di Dalam Mulut Wanita Ini

Mesti ramai di antara anda yang gemar makan makanan Jepun terutamnya sushi, sashimi mahupun salmon. Hidangan ini bukan sahaja sedap dan menyelerakan, malah makanan ini selalunya datang dalam bentuk yang segar walaupun ia dihidangkan dengan cara yang mentah.

Malangnya, tidak semua yang mentah itu baik untuk tubuh badan manusia. Terbaharu, seorang wanita di Jepun telah mengeluarkan seekor cacing yang berukuran 3.8 sentimeter dari mulutnya dengan bantuan doktor setelah dia dilaporkan menjamah sepotong ikan mentah.

Wanita yang berumur 25 tahun dan berasal dari Tokyo itu telah memakan beberapa potong sashimi dan tidak menyedari bahawa makanan tersebut adalah rumah kepada cacing parasit jenis Pseudoterranova yang selalunya dijumpai pada ikan laut yang dihidangkan mentah atau masak.

Kebanyakan penemuan cacing selalunya berlaku di bahagian usus manusia. Namun, kes ini adalah berbeza kerana ia dijumpai di bahagian mulut. 

Wanita tersebut pada mulanya telah mengalami gejala sakit tekak selama lima hari. Dia melaporkan kepada doktor bahawa sebelum mengalami gejala sakit tekak, dia sempat menjamah satu set sashimi.

Ketika pemeriksaan dilakukan, doktor menjumpai cacing berwarna hitam yang bergerak-gerak di bahagian kiri tonsil wanita tersebut. Setelah mengeluarkan cacing  itu, doktor menyatakan bahawa tahap kesihatan wanita itu telah kembali pulih.

Bagi anda yang gemar makan makanan mentah seperti salmon mahupun sashimi, masukkan makanan tersebut ke dalam peti sejuk dan biarkan ia beku. Cara ini dapat membunuh bakteria yang ada pada makanan mentah tersebut.

Untuk baca artikel lain berkaitan makanan Jepun, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca