Gara-Gara Makan Piza Selama 22 Tahun, Gadis Ini Bakal Buta Seumur Hidupnya

Seorang gadis bernama Jade Youngman berasal dari Norwich dikatakan bakal kehilangan deria penglihatannya seumur hidup akibat enggan mengamalkan diet pemakanan yang seimbang.

Gadis berusia 25 tahun ini mengelak daripada mengambil sebarang makanan berkhasiat iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan kerana mengalami gangguan pengambilan had makanan atau Avoidant Restrictive Food Intake Disorder (ARFID).

Jelasnya, dia akan berasa loya setiap kali melihat juadah yang menghidangkan buah-buahan dan sayur-sayuran di atas pinggan makannya. Oleh sebab itu, dia hanya mengambil makanan ringan seperti pizza, kentang, pasta kosong dan nuget ayam untuk makan tengahari, petang dan malam. Untuk sarapan pagi pula, dia tidak pernah mengambil apa-apa makanan sebagai alas perut.

Usaha gadis ini untuk membendung sikapnya yang cerewet berkenaan pengambilan makanan turut dibantu oleh beberapa ahli terapi namun masih tidak berjaya. Sehinggakan pakar perubatan menyatakan bahawa dia berisiko untuk buta akibat kekurangan nutrisi dalam tubuh badannya.

Selain itu, terdapat dua kes melibatkan remaja lelaki yang dilaporkan telah kehilangan deria penglihatan kesan daripada amalan pengambilan makanan tidak berkhasiat seperti Jade.

Jade turut menyatakan kebimbangannya pada masa hadapan. Lebih-lebih lagi sekiranya dia ditakdirkan menjadi seorang ibu. Sudah pasti kandungannya memerlukan nutrisi dan vitamin yang cukup untuk tumbesaran yang baik. Begitu juga halnya apabila mereka sudah membesar, pastinya sebagai ibu dia perlu membimbing anak-anaknya untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Menurut laporan Daily Mail, individu yang terlalu cerewet dalam pengambilan had makanan berisiko tinggi untuk buta akibat kekurangan zat pada saraf optik yang dikenali sebagai Nutritional Optic Neuropathy (NON).

Sebagai makluman, saraf optik terhasil daripada jutaan fiber dan berfungsi sebagai penghantar maklumat visual daripada retina kepada otak. Maka, apabila berlaku kerosakan pada fiber, saraf optik akan kehilangan keupayaannya untuk menghantar mesej kepada otak. Kesannya, daya penglihatan individu akan beransur hilang.

Jade turut mengalami kebimbangan dan kemurungan yang berpanjangan. Ini disebabkan oleh kekhuatirannya apabila rakan sekeliling kerap mempersoalkan tabiat pemakanannya yang terlalu bersederhana.

Oleh kerana itu, dia lebih suka bersendirian dan tinggal di rumah berbanding bersosialisasi bersama rakan-rakan. Menyedari masalah ini semakin parah, Jade berharap agar ada seseorang yang boleh membantu dia untuk mengatasi gangguan yang dialaminya itu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca