Gara-Gara Makan Daging Babi Mentah, Otak Lelaki Ini ‘Didiami’ Cacing Pita Selama Sedekad

Seorang lelaki telah didiagnos mempunyai cacing pita ‘menumpang’ duduk di dalam otaknya. Kes yang dikategorikan sebagai satu dalam seribu ini berlaku di Texas.

Memetik laporan media tempatan, doktor yang bertugas telah berjaya mengeluarkan pendatang tanpa izin itu daripada otak pesakit tersebut selepas melakukan satu pembedahan yang cukup kompleks.

Menurut Pakar Bedah Saraf di Austin iaitu Dr. Jordan Amadio, kes tersebut disifatkan sebagai jarang berlaku dan amat luar biasa kerana cacing sepanjang empat hingga lima sentimeter itu dikatakan telah berada di dalam otak lelaki itu selama sedekad.

“Lelaki berkenaan mengalami simptom sakit kepala. muntah dan pengsan semasa bermain bola sepak tahun lalu sebelum menjalankan ujian MRI yang mengesahkan jangkitan cacing pita di dalam otak,” kata Dr. Jordan.

“Selepas pembedahan yang kompleks dijalankan, pesakit itu tidak lagi mengalami sakit kepala dan kembali bekerja serta berada dalam keadaan normal,” katanya lagi.

Difahamkan, pesakit itu tidak pasti bagaimana dan bila dia dijangkiti cacing pita itu namun ada menyatakan yang ia kemungkinan berlaku apabila dia memakan daging babi di Mexico.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), istilah rasmi untuk jangkitan cacing pita adalah ‘taeniasis’.

“Manusia boleh dijangkiti cacing pita dengan memakan daging lembu atau babi secara mentah atau separuh masak.”

“Pesakit yang dijangkiti tidak mengetahui terdapat cacing pita di dalam badan mereka kerana simptom yang ditunjukkan adalah ringan atau tiada sama sekali,” jelas badan kesihatan itu.

Sesetengah individu yang dijangkiti cacing pita bagaimanapun tidak memerlukan rawatan kerana kadang-kala ia akan keluar daripada badan pesakit dengan sendiri.

Sebelum ini, kami pernah kongsikan kes yang hampir sama di mana ia melibatkan kemunculan cacing pita dalam otak dan badan manusia. Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk membaca artikel penuh:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca