Gara-Gara Mahu Letupkan Diri, Majlis Perkahwinan Ini Bertukar Jadi Tragedi Ngeri

Sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung di Kabul, Afghanistan telah digemparkan dengan satu tragedi letupan bom bunuh diri sehingga menyebabkan berpuluh-puluh orang terkorban.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nusrat Rahimi berkata, letupan di Kabul itu berlaku kira-kira jam 10.40 malam waktu tempatan di Dewan Perkahwinan Shahr E-Dubai.

Tragedi itu telah menyebabkan sekurang-kurangnya 63 orang terkorban dan sekitar 182 orang yang cedera.

Bagaimanapun, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai punca letupan.

Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa serangan tersebut adalah yang terburuk di Kabul setakat tahun ini.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas umat Islam selesai menyambut Hari Raya Aidiladha dan sebelum Afghanistan meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-100 pada Isnin.

Menurut seorang saksi yang turut berada di situ, dia mendengar satu bunyi letupan yang kuat ketika sedang bersiap untuk tidur.

“Apabila saya keluar, saya melihat asap keluar dari dewan, saya melihat mayat dan orang yang cedera yang dibawa ke hospital oleh polis dan ambulans Kabul. Kami terlalu terkejut dan kecewa terhadap kejadian itu,” katanya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca