Gara-gara ingin kelihatan seperti patung Barbie, seorang pelajar berusia 22 tahun sanggup menjalani lebih 15 pembedahan plastik dalam tempoh setahun.

Jika dibandingkan dengan gambar setahun lepas, gadis berkenaan yang dikenali sebagai Andrea Ivanova kelihatan sangat berbeza. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan Ivanova yang dahulu dan sekarang seolah-olah dua individu yang berbeza.

“Sejak kecil lagi, saya sangat menyukai Barbie dan mengimpikan untuk kelihatan seperti dia pada suatu hari nanti,” kata Ivanova yang berasal dari Burgas, Bulgaria.

Setiap kali bibirnya mengecut dan kembali kepada bentuk asal, dia akan menyuntik asid hyaluronik bagi ‘mengisi semula’ bibirnya itu.

“Saya mungkin buat lebih 15 pembedahan sejak tahun 2018. Saya tidak kira, mungkin jumlah yang sebenar lebih lagi,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, rata-rata warganet melontarkan kecaman terhadap penampilan gadis itu yang kelihatan persis watak kartun itik Daffy Duck berbanding Barbie.

“Kamu melakukannya secara berlebihan. Kamu kelihatan seperti Daffy Duck!” coret seorang warganet.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda