Gara-Gara Mahu Kelihatan Persis BTS Jimin, ‘Influencer’ Ini Sanggup Habiskan RM624,000

Oli London dilaporkan sanggup menghabiskan $150,000 (RM624,525) untuk menjalani pembedahan plastik demi kelihatan kacak seperti idolanya iaitu Park Ji-min daripada Bangtan Boys (BTS).

Sumber: Koreaboo

Menerusi temu bual di Barcroft TV, influencer media sosial di United Kingdom itu membuat pengakuan bahawa beliau mula mengubah suai paras rupanya untuk kelihatan tampan seperti Jimin sejak 2018 lagi. Oli mula dikenali ramai selepas menampilkan dirinya menerusi pelbagai program televisyen termasuk di Amerika Syarikat.

Memetik laporan Harian Metro, Oli menjelaskan bahawa beliau membuat pendedahan plastik untuk menghayati dan menghormati budaya rakyat Korea Selatan dan bukannya cultural appropriation.

“Saya tidak merancang untuk ‘tukar’ bangsa tetapi tetap mahu menghormati budaya orang Korea. Umum mengetahui bahawa Korea sangat terkenal dengan pembedahan plastik.

Apa yang saya lakukan ini hanyalah sekadar untuk menghayati dan menghormati budaya orang Korea dan bukannya cultural appropiation,” jelasnya.

Sumber: Instagram @londonoli

Untuk pengetahuan anda, cultural appropriation membawa maksud pengambilan budaya. Cultural appropriation ini berlaku apabila sesuatu budaya digunakan di luar konteks asal dan tanpa mengetahui maksud di sebalik budaya itu sendiri.

Oli difahamkan cuma mahu menghayati budaya masyarakat Korea Selatan di mana sebahagian daripada penduduk di negara itu sudah membudayakan amalan pembedahan plastik.

Dalam pada itu, Oli turut berkata bahawa beliau sudah menjalani 15 pembedahan setakat ini untuk merealisasikan impiannya supaya boleh kelihatan seperti Jimin. “Jika anda lihat gambar saya dan Jimin, kami kelihatan seperti mempunyai persamaan,” ujarnya.

Sumber: Instagram @londonoli

Apa pendapat anda tentang kenyataan Oli?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca