Penularan wabak COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia telah menjadikan orang ramai lebih kreatif.
Terbaharu, tular cerita mengenai seorang individu di India yang memilih untuk memakai pelitup muka yang diperbuat daripada emas. Yang lebih menariknya, dia mula mendapat idea tersebut setelah membaca sebuah berita di mana terdapat individu yang menghasilkan pelitup muka daripada perak.
#Pune | Shankar, a man from Pimpri-Chinchwad made a #mask of #gold, worth Rs 2.9 lakh pic.twitter.com/AAlC4oHwXO
— Pune Mirror (@ThePuneMirror) July 3, 2020
“Saya melihat video seorang lelaki di Kolhapur yang memakai topeng perak dan kemudian saya terus mempunyai idea untuk memakai topeng emas. Saya bercakap dengan seorang tukang emas dan dia memberikan saya topeng emas seberat lima setengah paun ini dalam masa seminggu,” katanya
Shankar Kurade, salah seorang penduduk di Pimpri-Chinchwad dari daerah Pune yang juga merupakan peminat barangan emas telah membelanjakan hampir $4,000 (RM17,150) untuk menghasilkan pelitup muka emas seberat 60 gram beserta lubang udara untuk bernafas.
Shankar turut berkata bahawa selepas memakai pelitup muka emas itu, orang ramai mula meminta untuk bergambar bersamanya.
Dalam pada itu, Shankar kurang pasti sama ada penggunaan pelitup muka emasnya berkesan untuk mengelakkan beliau dijangkiti wabak COVID-19 atau sebaliknya. Walau bagaimanapun Shankar memilih untuk memakainya sebagai langkah berjaga-jaga.
“Topeng muka ini nipis dan ada lubang kecil supaya tiada masalah sukar untuk bernafas. Saya tidak pasti adakah topeng ini akan berkesan,” kata Shankar.
Sementara itu, tinjaun kami di laman Twitter mendapati bahawa ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan Shankar ini.
This is the sign of capitalism in society..
— Abd dur Rahman عبدالرحمن (@rahman_rs) July 3, 2020
Richer making gold mask. Poor don't have mask… Attention seekers.
Hasn't covid19 taught these people anything? No matter how rich u are..all it takes is an invisible virus..
— BBJ (@bbjthespectator) July 4, 2020
What is this nonsense? One guy is showing off his asset and lakhs are struggling day and night to meet the ends need. Their children are sleeping hungry,they are passing each single day thinking about tomorrow. What is this futile need of property? What a waste-as human,as asset.
— Subhashis Roy (@RoySub_FTII) July 4, 2020
Untuk membaca artikel lain berkaitan pelitup muka, anda boleh klik pada pautan di bawah: