Gara-Gara Mabuk, Lelaki Ini ‘Berasmara’ Dengan Kon Keselamatan Di Tempat Awam

Seorang lelaki berusia 38 tahun bernama Trevor Smith didapati bersalah apabila bertindak tidak sopan di hadapan khalayak umum baru-baru ini dalam sebuah lif bertempat di stesen kereta api Wigan North Western, England.

Insiden tidak senonoh ini ditemukan dan ditonton secara tidak sengaja oleh seorang wanita yang bekerja sebagai kakitangan di stesen kereta api tersebut.

Difahamkan bahawa lelaki berkenaan berada di dalam lif dengan keadaan separuh bogel sambil memasukkan kemaluannya ke dalam hujung kon keselamatan tersebut.

Tanpa membuang masa, pekerja wanita ini bertindak dengan menghubungi pihak polis untuk segera menyelesaikan insiden berkenaan.

Aksi pemuda ini berlanjutan sehingga seorang daripada pihak berkuasa British tiba di tempat kejadian.

Menyedari dirinya sedang ditonton, Smith bergegas menaikkan seluar sebelum dibantu oleh pegawai tersebut untuk mengelakkan dirinya daripada berterusan dalam keadaan separuh bogel.

Semasa di tempat kejadian, pihak berkuasa British menemukan serbuk putih yang dipercayai dadah di bahagian bawah dagu pemuda tersebut.

Sepanjang perbicaraan kes dijalankan, Smith menyatakan bahawa dia berada dalam keadaan mabuk pada hari tersebut. Lelaki ini turut menjelaskan bahawa dia menderita penyakit kencing manis dan depresi.

Sebelum insiden itu berlaku, dia diberikan serbuk putih yang dipercayai dadah jenis kokain oleh rakannya. Selepas mengambil dan menggunakan serbuk tersebut, Smith terus menuju pulang ke rumahnya menaiki tren dan memasuki sebuah lif.

Keberadaannya di dalam lif tersebut membuatkan dia berasa seperti terkunci di dalam sebuah bilik. Kemudian pemuda ini tidak mampu mengingati apa yang berlaku terhadap dirinya selepas itu.

Hasil siasatan yang dijalankan ke atas Smith mendapati bahawa serbuk yang dipercayai kokain itu ternyata bukan dadah.

Menurut keterangan pegawai berkuasa, perbuatan Smith telah memberi kesan buruk kepada saksi dan kanak-kanak lain yang tidak sengaja menonton kejadian tersebut. Pemuda berkenaan kemudiannya memohon maaf atas segala perlakuan buruknya dan kes akan dibicarakan semula pada hujung bulan.

Semoga kisah ini dapat menjadi pengajaran kepada semua pembaca. Jauhilah segala benda yang boleh memudaratkan kesihatan tubuh, akal dan fikiran.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca