Gara-Gara ‘Lockdown’ Di India, Ibu Ini Sanggup Redah Perjalanan 1,400KM Kerana Rindukan Anak

Kasih sayang yang terlalu kuat terhadap anaknya telah membuatkan seorang wanita di Telangana, India sanggup menunggang motor hampir 1,400 km selama tiga hari untuk membawa pulang anaknya yang terkandas akibat penguncian di Nellore.

Beberapa minggu lalu, Perdana Menteri India, Narendra Modi telah mengambil keputusan untuk mengenakan perintah lockdown terhadap seluruh India bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Razia Begum yang juga seorang guru besar di sekolah milik kerajaan, Bodhan Mandal Parishad Territorial Constituency School melakukan perjalanan tersebut kerana terlalu rindu akan anaknya, Mohammed Nizamuddin yang berusia 19 tahun.

Ibu tunggal berumur 48 tahun ini memulakan perjalanan pada pagi Isnin. Razia sampai di Nellore, sempadan Andhra Pradesh-Tamil Nadu pada petang Selasa. Dia membawa pulang anaknya ke rumah pada petang Rabu.

Razia adalah seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Dalam perjalanannya selama tiga hari, Razia menempuh jarak 1,400 km bersama dengan motor merahnya.

Anak lelakinya, Nizamuddin terkandas di Nellore ketika melawat seorang ayah kawannya yang sakit pada 12 Mac. Namun, setelah pengumuman penguncian diumumkan oleh kerajaan India, dia terkandas tanpa jalan pulang ke Telangana.

Pada 5 April, Razia mengambil keputusan untuk pergi ke Nellore bagi menjemput anaknya.

“Saya tidak mempunyai pilihan melainkan meneruskan perjalanan dengan motor saya. Saya tidak dapat menyewa kereta kerana tidak ada yang berminat dan jika saya membawa kereta, kemungkinan untuk saya melepasi pihak polis di lebuh raya adalah sukar.

Saya fikir hanya dengan menaiki skuter sahaja saya boleh meyakinkan pihak polis supaya saya dapat meneruskan perjalanan,” kata Razia.

Nizamuddin berkata ibunya tiba pada jam 7:30 pagi. Ibunya memandu hampir 23-24 jam untuk menjemputnya dan dia berasa sangat terharu serta gembira melihatnya.

“Kami pulang pada petang Rabu. Ibu hanya makan makanan yang sihat selepas dua hari,” kata Nizamuddin.

Sebelum ini, kami pernah kongsikan kisah yang hampir sama dengan cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca