Gara-Gara ‘Lepaskan’ Burung Kakak Tua, Pembantu Rumah Bawah Umur Di Islamabad Mati Dibelasah Majikan

*gambar di atas sekadar hiasan

Hanya kerana dituduh melepaskan dua ekor burung kakak tua peliharaan majikan, seorang pembantu rumah dari Islamabad yang berusia lapan tahun dibelasah teruk hingga meragut nyawanya.

Suspek iaitu Hassan Siddiqi mengaku bahawa dia mendera kanak-kanak bawah umur itu di rumahnya di Rawalpindi.

Menurut polis, mangsa dipercayai tidak sengaja membebaskan burung kakak tua yang bernilai tinggi itu ketika sedang membersihkan sangkar haiwan peliharaan itu. 

“Hassan dan isterinya berasa sangat marah lantas terus membelasah kanak-kanak itu.

“Mangsa kemudiannya tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital oleh pasangan itu, namun mereka menghilangkan diri sejurus tiba.

“Bagaimanapun, kedua-dua suspek berjaya ditahan,” ujar jurucakap polis kepada The Independent.

Mangsa dibawa ke unit rawatan rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya.

Hasil daripada bedah siasat mendapati bahawa mayat kanak-kanak perempuan yang berasal dari bandar Muzaffargarh, wilayah Punjab itu mempunyai kesan dera pada pipi, tulang rusuk dan juga paha.

Selain kesan lebam lama yang belum sembuh sepenuhnya, laporan itu juga mengesahkan bahawa terdapatnya kesan luka pada anggota badan mangsa dipercayai akibat dirogol.

Menurut pihak polis lagi, mangsa diambil bekerja sebagai pembantu rumah di situ menerusi bapa saudaranya dengan persetujuan memberikan pendidikan dan juga bayaran upah.

Apa yang difahamkan, walaupun wilayah Punjab mempunyai undang-undang melarang majikan mengambil pekerja bawah umur 16 tahun, tetapi faktor kemiskinan mendesak sesebuah keluarga menghantar anak mereka terutamanya perempuan untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

Untuk baca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca