KONGSIKAN

Gara-gara sikap si ibu yang leka bermain telefon bimbit seorang bayi lemas selama beberapa minit selepas terbalik dari sebuah pelampung. Kejadian berkenaan dikatakan berlaku di Fuzhou, Fujian di China.

Video tersebut yang telah tular di laman media sosial telah mengundang pelbagai reaksi daripada pihak netizen. Rakaman video viral berkenaan diperolehi daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Melalui rakaman video wanita berkenaan pada mulanya meletakkan anaknya di dalam sebuah kolam dengan sokongan pelampung. Namun selepas beberapa ketika anaknya itu kemudian terbalik sebelum lemas selama beberapa saat. Ketika kejadian terdapat seorang lagi kanak-kanak yang berada dalam kolam yang sama.

 

 

Sebaik menyedari bayinya terbalik wanita berkenaan bergegas mengeluarkan bayi malang tersebut dari kolam. Dia kemudiannya dilihat cuba memberi bantuan kecemasan kepada bayi terbabit sebelum membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Akibat kejadian tersebut bayi berkenaan dikatakan berada dalam keadaan koma. Ibu mangsa dilaporkan sedang berada dalam siasatan polis berhubung insiden itu.

Buat para ibu bapa di luar jadikan insiden ini sebagai satu iktibar buat diri masing-masing. Jangan sudah terhantuk baru nak tengadah di kemudian hari.

 

[Anda ada karya yang ingin diterbitkan di iamlejen.com? Hantarkan cerpen, certot, sajak atau puisi tulisan anda ke shahrizatahmad@lejenpress.com beserta dengan nama pena pilihan anda. Selamat mencuba!]