Gara-Gara Langgar Perintah ‘Lockdown’, Menteri Kesihatan New Zealand Diturunkan Pangkat

Menteri Kesihatan New Zealand, David Clark diturunkan pangkat dalam kalangan anggota kabinet selepas mengaku beliau melanggar perintah kurungan apabila membawa keluarganya ke pantai.

Dr. David Clark telah membawa keluarganya bersantai di pantai kira-kira 20 kilometer dari kediamannya.

Pada Khamis lepas, Clark memohon maaf kerana melanggar perintah kerajaan untuk tidak keluar rumah, termasuk larangan mengadakan kegiatan riadah dan bersukan di luar.

New Zealand menguatkuasakan kawalan pergerakan sejak dua minggu lalu, yang hanya membenarkan rakyatnya keluar rumah untuk urusan perlu.

Clark berkata, beliau telah mengemukakan surat perletakan jawatannya kepada Ardern, namun telah ditolak.

Bagaimanapun, Ardern telah memberi maklum balas bahawa dengan melucutkan jawatan Clark sebagai menteri kewangan dan menurunkan pangkatnya ke tahap paling bawah dalam kabinet.

“Dalam keadaan biasa, saya sepatutnya memecat menteri kesihatan kerana apa yang dilakukannya adalah salah.

Namun, keutamaan ketika ini adalah untuk memerangi wabak COVID-19. Kita tidak boleh biarkan berlaku sebarang kepincangan dalam sektor kesihatan atau tindakan kita. Untuk alasan itu, maka Dr. Clark akan kekal memegang jawatan yang disandangnya.

Tetapi, dia seharusnya dikenakan tindakan kerana telah melanggar peraturan,” kata Ardern dalam satu kenyataan.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan perintah ‘lockdown’, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca