Gara-Gara Kerap Tayang Kemewahan Di Media Sosial, Instafamous Ini Ditangkap Polis

Ramon Olorunwa Abbas atau lebih dikenali sebagai Ray Hushpuppi merupakan seorang warganegara Nigeria. Ramon mempunyai jumlah pengikut yang ramai kerana selalu menayangkan kehidupannya yang serba mewah kepada umum.

Sekiranya anda mahu tahu, Ramon selalu berkongsi koleksi kenderaan mewah dan jam tangan berjenama serta foto menaiki jet peribadi di laman Instagram.

Sumber: Instagram @hushpuppi

Ramon juga menggelarkan dirinya Billionaire Gucci Master kerana tidak pernah ketinggalan dalam mendapatkan keluaran baharu atau edisi terhad pakaian berjenama yang boleh mencecah ribuan dollar untuk setiap helai.

Sumber: Instagram @hushpuppi

Tanpa disedari oleh tuan punya badan, tindakan Ramon yang berkongsi kemewahannya secara berlebihan di laman Instagram ini telah menarik minat pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk mengenali dirinya dengan lebih lanjut.

Ramon berkata hasil kemewahan yang dimiliki olehnya adalah daripada bisnes tetapi tidak pernah memberitahu jenis perniagaannya secara spesifik kepada umum.

Atas sebab itu, pihak FBI memantau segala pergerakan Ramon selama empat bulan. Di sebalik kemewahan tersebut, identiti sebenar Ramon ialah seorang scammer dalam talian.

Modus operandi Ramon dan pasukannya yang terdiri daripada 12 orang itu akan menghantar e-mel palsu kepada beberapa buah pasukan bola sepak serta atlet-atlet ternama yang bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dengan menggunakan kepakarannya, Ramon dan rakan subahat berjaya masuk ke dalam data peribadi perbankan pasukan serta pemain-pemain tersebut.

Sumber: Instagram @hushpuppi

Tidak berhenti di situ, Ramon dan pasukan juga mempunyai kepakaran dalam memindahkan wang sebanyak berjuta-juta dollar ke beberapa akaun palsu kepunyaan mereka di seluruh dunia setiap hari dengan membuat transaksi dalam talian.

FBI dengan kerjasama Polis Dubai merancang penangkapan ke atas Ramon di rumahnya yang terletak di pusat bandar ibu negara Emiriah Arab Bersatu tersebut selepas memperoleh bukti yang cukup.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Akhirnya, Ramon dan beberapa orang rakannya berjaya ditangkap pada waktu malam ketika dia sedang tidur di rumahnya. Begitulah pengakhiran Ramon dengan kehidupan yang serba mewah tetapi palsu.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Instafamous, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca