Gara-Gara Kepit Di Bibir, Pin Tudung ‘Sangkut’ Di Paru-Paru

Di pasaran sekarang ini kita boleh lihat pelbagai jenis tudung yang dijual, sama ada dijual secara online atau di kedai.

Malah tudung yang dijual bermacam jenis, yang paling kerap kita dengar tentunya jenis instant, bawal dan selendang.

Pin Dan jarum peniti adalah merupakan ‘benda’ yang terpenting bagi seorang wanita yang memakai tudung supaya tudungnya kelihatan terletak.

Namun, pernah atau tidak kita terfikir bahayanya sekiranya kita cuai dalam menggunakan jarum peniti dan jarum.

Seperti perkongsian Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook pada Khamis.

Sebenarnya penulis juga pertama kali mendengar kes Doktor Kamarul yang dikongsikan ini.

Malah, penulis juga tidak menyangka yang pin atau jarum peniti ini boleh ‘sangkut’ di paru-paru.

Semalam kumpulan Respiratory UKMMC keluarkan sebatang pin dari paru-paru kiri seorang wanita melalui prosedur rigid bronchoscopy.

Wanita ini tertelan pin yang kepit di bibir semasa sedang memakai tudung. Lazimnya berlaku akibat terbatuk, terbersin, tarik nafas, atau terlucut dari bibir ketika gayakan tudung.

Kes ini bukan pertama kali berlaku kerana ramai wanita lakukan perkara yang sama ketika memakai hijab.

Namun, penulis ucapkan tahniah dan berterima kasih dengan pasukan Respiratory UKMMC kerana berjaya selamatkan wanita ini.

Rupa-rupanya ini bukan kejadian pertama yang pernah berlaku. Warganet sendiri yang kongsikan kisah mereka yang pernah ‘tercekik’ benda yang sama sewaktu pakai tudung.

Diharapkan wanita yang memakai hijab lebih berhati-hati.

Untuk baca artikel yang berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

‘Black Pearl’ Dalam Hempedu Pesakit, Doktor Nasihat Warganet Untuk Segera Ke Klinik Sekiranya Sakit

Wanita Ini Mengadu Sakit Perut, Doktor Terkejut Temui ‘Handle’ Motosikal Dalam Rahim

Lelaki Ini Mengadu Sakit Perut, Doktor Terkejut Temui Objek Asing Termasuklah 8 Sudu Besi Dalam Usus

Artikel Lain Untuk Di Baca