Gara-Gara Jennsoo Gilakan Jajan Super Ring, Makanan Ringan Buatan Malaysia Kini Terjual Di Korea

Siapa sangka makanan ringan yang biasa disukai oleh kanak-kanak rupanya menjadi makanan kegemaran selebriti terkenal Korea.

Artis yang dikenali dengan nama Jennie dan Jisoo dari kumpulan Blackpink ini ternyata menggemari jajan Super Ring.

Kisah yang menjadi punca bagaimana mereka boleh menggemari makanan ini adalah sewaktu mereka mengunjungi kedai 7Eleven sewaktu berada di Malaysia tempoh hari. Lucunya, mereka sempat terperanjat dan teruja apabila mendapati bahawa keropok yang dijumpai itu merupakan jajan yang pernah dibeli sewaktu berada di Singapura.

Tidak dinafikan kesedapan dan kelazatan keropok keju tersebut apabila mereka sudah jatuh cinta pada gigitan pertama.

Bahkan, menerusi perkongsian rakaman video yang dimuat naik melalui akaun Twitter @moonstarbyulie, riak wajah kedua-dua artis jelita ini jelas kelihatan begitu bahagia apabila dapat membeli makanan ringan tersebut.

Disebabkan oleh kepopularitian dua artis jelita ini, snek Super Ring juga kini boleh didapati di Korea.

Menariknya, papan tanda kecil yang dilekatkan atas barisan snek tersebut ditulis menggunakan bahasa Korea yang bermaksud “Snek Kegemaran Jennie dan Jisoo”. Bukan itu sahaja, barisan bawahnya pula diselitkan dengan ayat yang merujuk kepada erti “Snek No.1 Di Malaysia.”

Perkongsian posting ini secara tidak langsung menjadi tular dalam kalangan warganet lebih-lebih lagi yang berasal dari Malaysia. rata-rata warganet berasa bangga dan terharu apabila melihat keropok keju ini terjual di Korea.

Masakan tidak, kita sememangnya harus berbangga dan bersyukur dengan kelebihan yang negara kita miliki.

Artikel Lain Untuk Di Baca