Gara-Gara Jenazah Ditolak Penduduk Kampung, Kubur Pesakit COVID-19 Terpaksa Digali Semula

Penduduk salah sebuah kampung di Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia menolak jenazah positif COVID-19 untuk dikebumikan di kawasan kampung itu.

Memetik laporan Tribunnews, Dato Bandar Banyumas, Achmad Husein juga turun untuk menolong memindahkan jenazah tersebut ke lokasi lain selepas penduduk bertegas enggan membenarkan jenazah dikebumikan di kampung mereka.

”Saya sebenarnya mahu menunjukkan bahawa mayat pesakit COVID-19 selepas kematian adalah tidak berbahaya.

Dalam masa yang akan datang, kita akan terus war-warkan supaya komuniti tahu dengan tepat bahawa hal itu tidak ada masalah dan tidak berbahaya,” katanya.

Tambahnya lagi, apabila virus itu berada di dalam badan jenazah dan berada dalam tanah ia akan mati dengan serta-merta.

Penduduk di kampung tersebut bimbang jika mereka membenarkan jenazah dikebumikan di kawasan tersebut akan memberi kesan kepada kesihatan penduduk di sekitar itu.

Pesakit COVID-19 itu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Margono Soekarjo Purwokerto pada Selasa lepas selepas dirawat di ruang pengasingan.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca