Gara-Gara Jalinkan Hubungan Dengan Pekerja, CEO McDonald’s Kini Dipecat

Steve Easterbrook, Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s telah dipecat selepas didakwa melanggar polisi syarikat apabila menjalinkan hubungan dengan pekerjanya.

Menurut syarikat pengendali makanan segera itu dalam suatu kenyataan berkata, Easterbrook, 52, tidak menunjukkan kelakuan yang baik dan McDonald’s melarang pengurusnya daripada mempunyai sebarang hubungan dengan pekerja bawahan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Easterbrook melalui e-mel kepada kakitangannya mengakui kesilapan yang telah dilakukan.

Ahli Lembaga Pengarah McDonald’s telah sepakat untuk memecat Easterbrook setelah proses mengundi dijalankan sebaik sahaja siasatan dilaksanakan secara menyeluruh.

Easterbrook menyertai McDonald’s pada tahun 2015 dan bertanggungjawab terhadap kira-kira 14,000 restoran makanan segera tersebut di seluruh Amerika Syarikat (AS).

Tempat Easterbrook kini diganti oleh Presiden McDonald’s AS, Chris Kempczinski.

“Saya berasa sangat senang hati kerana dapat mengendalikan syarikat yang luar biasa ini dan cukup berterima kasih atas kepercayaan yang ahli-ahli lembaga berikan kepada saya,” kata Kempczinski.

Harga saham McDonald telah meningkat daripada 96% menjadi RM80,554.92 sejak Easterbrook menjawat jawatan CEO di syarikat gergasi itu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca