Gara-Gara Ingin Membeli Kucing, Wanita Ini Rugi RM70,000

Bagi peminat kucing, tidak hairan untuk mereka menghabiskan wang untuk perkara yang melibatkan kucing. Perbelanjaan ini akan memberikan sebentuk  kepuasan untuk mereka.

Namun malang sekali untuk seorang wanita berusia 25 tahun daripada Seremban, apabila keinginannya untuk membeli seekor kucing telah membuatkan beliau rugi hampir RM70 000.

Lapor Superintendan Aibee Abd Ghani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, mangsa dikatakan melihat iklan untuk seekor kucing baka Scottish Fold di laman Facebook minggu lalu.

Sumber: Daily Paws

Setelah berurusan dengan penjual kucing tersebut yang berada di Indonesia, beliau bersetuju untuk membeli kucing tersebut dengan harga RM900.

Pada awalnya beliau hanya perlu membayar separuh daripada harga kucing tersebut iaitu RM450 sebelum diberitahu yang kucing sudahpun dihantar. Separuh lagi akan dibayar apabila kucing itu tiba.

Akan tetapi, kata Aibee Abd Ghani, sepanjang penghantaran daripada Indonesia mangsa dikehendaki membayar wang bagi pelbagai prosedur.

Bayaran yang kononnya dikatakan sebagai prosedur itu kini telah mencecah RM69 030 setelah 14 transaksi daripada mangsa.

Mangsa yang merupakan seorang guru tadika berasa tertipu apabila sudah banyak wang yang dihabiskan namun kucing tersebut tetap tidak tiba.

Malah beliau juga risau identitinya akan disalahgunakan kerana beliau telah menyerahkan salinan kad pengenalan dan alamat kepada suspek.

Berikutan hal tersebut beliau kemudiannya melaporkan kepada pihak polis dan kes ini kini sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kes seperti ini menjadi peringatan buat kita agar lebih berhati-hati dalam setiap pembelian terutama yang melibatkan transaksi atas talian.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca