Gara-Gara Ingin Berteman Lelaki Lain, Isteri Sanggup Mengaku Janda

Setiap individu perlu tahu akan tanggungjawab baru yang perlu digalas apabila sudah berkahwin.

Maruah serta aib pasangan juga menjadi kewajipan untuk dijaga sebaik mungkin selain daripada diri sendiri. Kalau boleh, pergaulan seperti waktu masih ‘single’ juga perlu dikurangkan.

Bagaimanapun, seorang wanita ini sudah pun terlupa akan batas-batas pergaulan sebagai seorang isteri.

Menerusi satu perkongsian di TikTok milik @lyonk75, kelihatan satu pasangan sedang bertengkar sambil disaksikan orang ramai di luar sebuah kedai makan.

Rupa-rupanya wanita berkenaan telah pun didatangi suaminya ketika sedang enak menjamu selera bersama seorang rakan lelaki.

Lebih menyedihkan lagi, dia mengaku sudah pun berpisah serta bergelar seorang janda sedangkan semua itu cumalah penipuan semata-mata.

Pada akhir babak ‘drama’ percuma tersebut, wanita berkenaan kelihatan cukup lemah dan hampir pengsan.

@lyonk75

berteman boleh asal jgn melewati batas kewajaran… !!! bukannya sok suci. semua manusia pasti melakukan kesalahn.

♬ suara asli – bolly.saa✨ – bolly.saa🕊️
Sumber: TikTok (@lyonk75)

Ketika artikel ini ditulis, video berdurasi selama 40 saat ini sudah pun meraih 679.5 ribu tontonan di media sosial TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi Tiktok itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup geram dengan kejadian yang berlaku itu.

Selain simpati dengan nasib yang menimpa si suami, ramai mengakui bahawa cerita sebegitu sebenarnya banyak berlaku.

gara-gara-ingin-berteman-lelaki-lain-isteri-sanggup-mengaku-janda
gara-gara-ingin-berteman-lelaki-lain-isteri-sanggup-mengaku-janda
gara-gara-ingin-berteman-lelaki-lain-isteri-sanggup-mengaku-janda
gara-gara-ingin-berteman-lelaki-lain-isteri-sanggup-mengaku-janda
Sumber: TikTok (@lyonk75)

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca