Gara-Gara Hisap Vape Setiap Hari Dalam Tempoh 3 Tahun, Remaja Ini Alami Kerosakan Paru-Paru

Gara-gara menghisap vape setiap hari dalam tempoh tiga tahun, seorang remaja perempuan kini menderita apabila dia telah mengalami kerosakan paru-paru.

Remaja yang dikenali sebagai Maddie Nelson itu dikatakan mula jatuh sakit pada awal tahun ini dan sejak bulan lepas, dia mula merungut sakit belakang.

Maddie yang berusia 18 tahun itu dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesukaran untuk bernafas. Pelajar universiti di Utah itu pada mulanya diberikan rawatan oksigen namun ia sama sekali tidak berjaya membantu melancarkan pernafasannya.

Menurut adiknya iaitu Andrea, imbasan X-ray kemudiannya dijalankan ke atas Maddie dan keputusan mendapati bahawa paru-parunya telah rosak. Ia sekali gus membuatkan gadis itu terpaksa diletakkan dalam keadaan koma.

“Pada 1 Ogos lalu, dia secara rasminya mendapat rawatan dianogsis. Keputusan ujian mendapati dia mengalami acute eosinophilic pneumonia.”

“Pihak doktor mengesyaki ia berpunca daripada sumber vape,” kata Andrea.

Difahamkan, Maddie kini sudah bangun daripada koma dan mampu untuk bernafas dengan sendiri. Namun begitu, dia masih memerlukan bantuan oksigen pada waktu malam bagi melegakan kesesakan dadanya.

Maddie turut berkongsi gambarnya di hospital dan meminta orang ramai supaya berhenti menggunakan vape.

“Saya berkongsi kisah saya supaya anda semua sedar yang penggunaan vape adalah tidak selamat sama sekali dan nyawa saya sendiri hampir melayang kerana benda ini.”

“Saya pada mulanya tahu bahawa ia sangat bahaya tetapi saya fikir ia tidak akan berlaku pada diri saya. Hakikatnya, apa yang terjadi pada saya boleh dan lambat-laun akan berlaku kepada anda semua. Nasihat saya, jangan merokok dan jangan guna vape sebagai alasan untuk berhenti merokok,” coretnya diikuti dengan tanda pagar #stopthevape.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca