Gara-Gara Hina Kemaluan Isteri Bau Persis Ikan Masin, Pelakon Ini Bakal Dipenjara 6 Tahun

Kerana mulut badan binasa, itulah ungkapan yang paling tepat untuk menggambarkan nasib seorang pelakon Indonesia ini. Galih Ginanjar bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum selama enam tahun gara-gara didakwa mencemarkan nama baik bekas isterinya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Fairuz A. Rafiq.

Menerusi sebuah program temu bual yang disiarkan di laman YouTube, Galih bukan sahaja telah memburukkan nama baik Fairuz malah dia juga didakwa membuka cerita tentang peribadi mereka secara terbuka. Segala aib bekas isterinya ketika mereka masih bergelar suami isteri diceritakan dalam program tersebut, lapor CNN Indonesia.

Fairuz bertindak membuat laporan polis setelah Galih memalukan dirinya dengan bercerita hal-hal yang tidak sepatutnya kepada hos rancangan tersebut iaitu Rey Utami dan juga penonton lain. Antara ‘cerita’ yang disampaikan oleh Galih termasuklah mengenai hubungan seks mereka yang cuma bertahan selama 15 minit sahaja.

Tidak cukup dengan itu, Galih turut mengaibkan Fairuz dan mendakwa bahawa kemaluan bekas isterinya itu berbau persis ikan masin.

Seluruh keluarga Fairuz berang dengan dakwaan yang dilemparkan terhadap wanita tersebut dan mereka bertegas untuk memanjangkan hal ini ke muka pengadilan.

Untuk rekod, Galih merupakan pelakon Indonesia yang dikenali menerusi gandingannya bersama Cinta Laura dalam Cinderella (Apakah Cinta Hanyalah Mimpi?) pada tahun 2007.

Sementara itu, Fairuz pula merupakan anak kepada bintang dangdut Indonesia iaitu A. Rafiq. Selain berlakon, Fairuz juga aktif sebagai model dan penyanyi.

Galih dan Fairuz menamatkan zaman bujang mereka pada 5 Mac 2011 namun mahligai cinta mereka tidak bertahan lama apabila pasangan tersebut bercerai pada tahun 2014. Pada tahun 2012, mereka telah dikurniakan seorang anak, King Faaz Arafiq.

Pada 21 Mei 2017, Fairuz kembali menjadi isteri orang apabila dia berkahwin dengan Sonny Septian yang juga merupakan seorang pelakon.

Meski apa pun yang berlaku antara diri kita dengan bekas kekasih atau individu lain, tidak wajar untuk kita bercerita perkara buruk dan aib mereka kepada orang ramai. Ingat, hidup ini tidak ubah seperti roda. Hari ini mungkin kita yang ‘sedap’ bercerita tentang aib orang, esok lusa mungkin giliran aib kita pula dijaja kepada orang ramai.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca