Gara-Gara Hidu Penyembur Ketiak Ibu, Remaja Ini Meninggal Dunia

Hasil laporan bedah siasat mendapati seorang remaja lelaki yang berusia 13 tahun maut selepas menghidu aerosol daripada penyembur ketiak milik ibunya.

Sebelum kejadian tersebut, Susan Waple iaitu ibu kepada Jack Waple menyedari bahawa penyembur ketiak miliknya tidak berada di tempat yang sepatutnya ia berada dan deodoran itu terasa lebih ringan daripada biasa.

Koroner Yvonne Blake telah membuat rumusan daripada kenyataan Susan dengan berkata, “Apabila anda keluar rumah, dia berasa cemas dan dia menyembur deodoran miliknya kerana bau penyembur ketiak itu seperti bau anda.”

Pada 13 Jun lalu, ibu Jack menemui remaja itu sudah tidak sedarkan diri di bilik tidurnya. Susan menjumpai tin aerosol di atas katil anak lelakinya itu.

Jack tidak dapat diselamatkan walaupun selepas diberi bantuan oleh paramedik. Jack meninggal dunia di dalam rumahnya di Norfolk, England.

Menurut Yvonne, “Gas daripada aerosol boleh memberi kejutan kepada jantung anda. Tindakan menghidu aerosol itu sebenarnya memberi kerosakan kepada jantung anda dan bukannya paru-paru anda.”

Koroner dalam inkues kematian Jack membuat kesimpulan bahawa remaja itu meninggal dunia kerana kemalangan. Tindakan remaja berkenaan mungkin disengajakan, tetapi dia tidak menjangkakan kesan buruk terhadap dirinya itu.

Sementara itu, bapa remaja berkenaan iaitu Robert Waple berkata bahawa Jack merupakan seorang yang suka mencuba sesuatu perkara yang baharu.

Artikel Lain Untuk Di Baca