Gara-Gara Guna Semula Picagari Yang Telah Dibuang, Doktor Ini Menyebabkan 900 Pesakitnya Terkena Jangkitan HIV

Kerjayanya ialah seorang doktor dan tugas seorang doktor adalah untuk merawat pesakitnya, bukannya memberikan mereka penyakit yang baharu.

Dikenali sebagai Dr Muzaffar Ghanghro, dia merupakan antara doktor yang menyediakan perkhidmatan termurah di kawasan bandar raya Pakistan. Pakar pediatrik itu hanya mengenakan caj 30 rupee (80 sen) untuk setiap lawatan.

Pada 28 Oktober lalu, seorang pakar pediatrik dari Pakistan didakwa telah menyebabkan 900 orang pesakitnya yang berusia bawah 12 tahun menerima jangkitan virus imunodefisiensi manusia (HIV) kerana dia menggunakan semula picagari yang telah dibuang ke dalam tong sampah.

Sumber: Sin Chew Daily

Menurut bapa kepada salah seorang mangsa terbabit, Dr Muzaffar mencari picagari yang pernah digunakan dalam tong sampah lalu menyuntik anaknya menggunakan jarum tersebut. Semua ini berlaku di hadapan matanya sendiri dan anak lelakinya yang berusia enam tahun kini menghidapi penyakit HIV.

Apabila lelaki berkenaan membuat bantahan tentang penggunaan semula picagari itu, pakar pediatrik itu berkata bahawa dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli jarum baharu.

Dalam kejadian yang berbeza, ibu bapa kepada tiga mangsa kecuaian doktor berkenaan menuduhnya kerana menggunakan jarum yang sama untuk memberikan titisan kepada 50 kanak-kanak yang berbeza.

Susulan kejadian berkenaan, Dr Muzaffar kini diberkas dan disabitkan atas tuduhan kecuaian dan membunuh tanpa sengaja selepas semua pesakitnya berkata bahawa lelaki berkenaan sering menggunakan semula picagari untuk menyuntik anak-anak mereka.

Sumber: The Sun

Imran Akbar Arbani merupakan doktor pertama yang mengenal pasti penyebaran wabak HIV dalam kalangan kanak-kanak itu dan memberitahu The New York Times, “Penghidap HIV tidak akan berkurangan selagi tiada orang yang memeriksa doktor dan doktor gigi penyamar serta tukang gunting rambut.”

Walaupun penjenayah terbabit kini dipenjarakan, anda harus sentiasa berwaspada dengan sentiasa pergi ke klinik yang mengamalkan penjagaan kebersihan untuk menerima suntikan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca