Gara-Gara Gigit Kaki Anak, Lelaki Ini Tembak Mati 5 Ekor Anjing Jalanan Dengan Kejam

Semakin banyak kes penganiayaan haiwan dilaporkan pada masa ini. Baru-baru ini, terdapat satu kejadian di mana lima anjing jalanan didapati mati dalam keadaan menyayat hati di Kota Kemuning, Shah Alam.

Bangkai haiwan terbabit ditemui oleh seorang suri rumah berusia 49 tahun yang sering memberi makan kepada mereka dan 15 ekor anjing lain. Ketika ditemui, sesetengah daripada lima bangkai anjing berkenaan berada dalam keadaan yang parah dengan darah mengalir keluar dari hidung dan telinga.

Satu laporan polis sudah dibuat oleh wanita terbabit. Seorang saksi melaporkan dia ada terdengar satu bunyi yang agak kuat seperti bunyi bunga api meletup atau bunyi tembakan senjata.

Menurut laporan The Sun, anjing-anjing terbabit berkemungkinan besar telah diracun.

Namun begitu, punca kematian sebenar haiwan tersebut kini telah didedahkan.

Dalam tempoh masa beberapa hari, pihak berkuasa telah berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki merupakan pembunuh anjing-anjing terbabit. Menurut polis, punca kematian sebenar haiwan berkenaan adalah disebabkan ditembak dengan pistol angin.

Hasil pemeriksaan mendapati tertuduh menyimpan sepucuk pistol angin dan lima 4.55 mm Cal. 177 pelet pistol angin di dalam bonet belakang kenderaan jenis Proton Saga miliknya.

Apabila disoal siasat, tertuduh yang berusia 40 tahun dan bekerja sebagai seorang kontraktor di Saujana Putra, Puchong mendedahkan dia membunuh anjing-anjing jalanan terbabit kerana mahu membalas dendam setelah haiwan itu menggigit kaki dua orang anaknya.

Suspek kini berada dalam tahanan polis sementara menunggu siasatan lanjut kes dijalankan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca