Gara-Gara Ganti Cecair Pembasmi Kuman Dengan Air Paip, Penjaga Pintu Masuk Pasar Awam Ini Dikompaun

Seorang penjaga pintu masuk pasar awam di Lunas, Kedah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 gara-gara tindakannya yang menggantikan cecair pembasmi kuman dengan air paip.

Tindakan licik lelaki ini yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan telah menyebabkan dia didakwa di bawah Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Kedah ketika ini, Ketua Polis Daerah Kulim Supt Azhar Hashim menegaskan agar semua penduduk tempatan mematuhi SOP ketika berada di luar rumah.

“Kita kesan ada peniaga yang tidak menyediakan cecair pembasmi kuman dengan sebaiknya, jadi langkah-langkah ini perlu dilakukan seperti saranan kerajaan.

“Saya juga berharap pelanggan mematuhi semua SOP yang ditetapkan seperti penggunaan pelitup muka dan diharap ia akan dipatuhi sepenuhnya. Kami dan agensi berkenaan akan sentiasa memastikan semua SOP ini diikuti,” katanya.

Untuk rekod, 65 kompaun telah dikeluarkan bermula 10 Jun lepas sehingga kini atas pelbagai kesalahan seperti tidak menyediakan cecair pembasmi kuman dan buku catatan di premis, serta tidak memakai pelitup muka dan penjarakan sosial.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca