Gara-Gara Engan Urut Suami, Lelaki Ini Kelar Isteri Guna Sabit

Seorang wanita cedera apabila dikelar dengan sabit oleh suaminya hanya kerna enggan mengurut badan lelaki itu.

Menurut polis, kejadian itu berlaku di rumah pasangan terbabit di Mentangor, Tenayan Raya kelmarin dan berjaya menahan suspek berusia 37 tahun itu yang dikenali sebagai Radiusman.

“Suspek datang ke balai dan menyerah diri. Suspek mengaku mencederakan isterinya kerana berang dengan layanan dingin mangsa.”

“Malah suspek juga mengaku dia dan isterinya kerap bertengkar dan mengesyaki wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain,” kata Jurucakap Polis Pekanbaru, Budhia Adiandha.

Pihak polis juga percaya serangan tersebut bermotifkan cemburu.

Sementara itu, mangsa dikenali sebagai Lusi Handayani telah dikejarkan ke Hospital Bhayangkara untuk rawatan lanjut.

Lusi mengalami luka di kepala dan lengan namun kecederaannya tidak mengancam nyawa.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca